Paip merupakan silinder panjang yang digunakan bagi menyalur atau mengalirkan air atau gas bagi tujuan-tujuan tertentu. Biasanya, kegunaan paip di rumah adalah bagi menyalurkan air minuman, gas memasak, air panas dan seumpamanya.
Biasanya, paip yang digunakan di rumah kediaman boleh dkategorikan dalam pelbagai kategori seperti tembaga, PVC (polivinil klorida), plastik, besi bergalvani, buluh dan seumpamanya. Disebabkan keadaan fizikal paip yang berlainan, sekiranya paip tersebut bocor, maka kaedah membaiki atau membetulkannya juga berlainan.
Biasanya, kerosakan yang berlaku ke atas paip ialah sama ada pecah, berkarat, mereput, berlubang, penyambungan semula samada untuk memanjang atau memotong paip berkenaan. Semua kategori paip boleh mengalami jenis kerosakan yang sama kecualilah paip PVC dan plastik yang tidak mungkin berkarat tetapi boleh mereput.